Thursday, February 18, 2010

Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke akaun bank Malaysia


Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya nak keluarkan duit paypal .

Ada banyak cara sebenarnya. Antara cara yang biasa digunakan untuk keluarkan duit paypal ialah:
1. Jual duit paypal kepada orang lain, pembeli akan buat bayaran ke akaun bank pilihan. Kita pula pindahkan duit paypal kita kepada pembeli. Nilai tukaran wang asing bergantung kepada perbincangan antara penjual pembeli. Tapi, ramai juga yang tertipu dengan cara ni, antaranya duit dah bayar ke akaun bank, tapi duit paypal tak diterima.
2. Keluarkan duit dari paypal melalui kad debit. Ada banyak kad debit yang membolehkan pemiliknya mengeluarkan duit dari paypal.
3. Gunakan duit paypal untuk membeli produk yang terima paypal sebagai kaedah bayaran – ini adalah yang saya gunakan sejak dahulu. Biasanya saya gunakan untuk beli nama domain, autoresponder, iklan dan ebook. Maklumla, duit paypal pun takde la banyak sangat. Jadi, kaedah ni memang sesuai di apply terutamanya produk luar negara. Jimat disegi nilai tukaran wang asing.

Dan yang terkini, rakyat Malaysia dah boleh keluarkan duit dari Paypal terus ke akaun Bank di Malaysia.

Caranya:

1. Login ke akaun Paypal anda di paypal.com/my.


2. Klik pada menu Profile (di sebelah atas, kanan) - withdraw then withdraw to your bank
account.

3. Add/Edit Bank Account. Masukkan maklumat akaun bank anda. Jika tak pasti tentang MEPS
bank routing code , sila klik Details .
4. Semak semula maklumat akaun bank anda . kemudian klik Add Bank Account. (Maaf tidak dapat menunjukkan contoh kerana telah menambahkan akaun bank tidak lama dulu)
5. Tahniah! Anda dah berjaya bila nampak mesej ini "You’ve added a bank account in Malaysia. Now you can transfer funds from your PayPal account to your bank account.What do you want to do next?

6. Sebelum terlupa, dibawah ni beberapa info tambahan untuk servis ni:
- Withdrawal Fee - Jika lebih RM400 – RM0 (PERCUMA)
– Jika kurang RM400 – RM3
- Return Fee – RM15

Urusniaga ini akan diproses dalam 2-3 hari bekerja. Nilai minima pengeluaran ialah RM40.

Sekarang, rakyat Malaysia makin mudah nak buat duit di internet. Tak perlu memikirkan cara paling selamat nak tukarkan dari USD yang ada dalam paypal ke RM. Lagi mudahla nak keluarkan duit komisen untuk bisnes internet anda!!

0 Comments:

Post a Comment